Home » » Lagu tema Bond Another Way To Die 'bocor' di radio

Lagu tema Bond Another Way To Die 'bocor' di radio

LONDON - Meskipun bakal ditayangkan akhir bulan depan, sebuah lagu tema filem terbaru James Bond, Quantum of Solace lakonan Daniel Craig (gambar) sudah 'dibocorkan' stesen radio BBC.

Another Way To Die hasil nyanyian Jack White dan Alicia Keys diputarkan buat kali pertama oleh juruhebah Radio 1, Jo Whiley dalam rancangan pagi popular beliau di sini kelmarin.

Lagu dirakamkan Julai lalu sebagai tema sekuel ke-22 Bond sepatutnya dinyanyikan Amy Winehouse. Sebahagian daripada lagu itu pernah disiarkan untuk sebuah iklan terbaru Coca Cola.

Namun pengurusan White melarang suaranya digunakan untuk siaran komersial Coke Zero Zero Seven itu biarpun minuman tersebut ialah penaja rasmi filem Bond kali ini. - Agensi

Lagu tema Bond Another Way To Die 'bocor' di radio @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami