Home » » Album Sebuah Nama, Sebuah Cerita - Peterpan

Album Sebuah Nama, Sebuah Cerita - Peterpan

ALBUM: Sebuah Nama, Sebuah Cerita
ARTIS: Peterpan
GENRE: Pop Rock


Album ini dipasarkan sebagai penutup kepada kerjaya seni yang dilakar oleh band dari Indonesia yang pernah mencipta fenomena dalam industri muzik Melayu, sedikit masa lalu.

Nekad membubarkan Peterpan selepas penghasilan Sebuah Nama, Sebuah Cerita, album ini memuatkan pengisian lagu popular yang mewakili band popular itu dekad ini.

Aura yang pernah dicetuskan Ariel, Lukman, Uki dan Reza akan terus dirasai menerusi empat lagu baru dipersembahkan secara akustik iaitu Walau Habis Terang, Kisah Cintaku, Dilema Besar dan Tak Ada Yang Abadi.

Diperkemaskan dengan format cakera berkembar memuatkan 30 lagu, album ini pastinya akan meninggalkan nostalgia yang terlalu bererti buat penggemar Peterpan iaitu Sahabat Peterpan selepas lapan tahun mereka berjuang.

Dalam tempoh itu, band kelahiran Bandung, Indonesia ini pernah melahirkan Kisah 2002 Malam (2002), Taman Langit (2003), Bintang Di Surga (2004), Alexandria (2005) dan Hari Yang Cerah (2007).

Bermula dengan Mimpi Yang Sempurna, Sahabat, Aku & Bintang, fenomena Peterpan turut menembusi Malaysia lalu membariskan himpunan lagu hit lain antaranya Ada Apa Denganmu, Mungkin Nanti, Di Atas Normal dan Menghapus Jejakmu.

Berakhirnya era Peterpan tidak bermakna menoktahkan perjalanan mereka dalam bidang seni. Kekal dibarisi pemain yang sama, Peterpan akan kembali pada 2009 dengan nama baru.

Nama besar Peterpan akan terus dikenang serta disimpan dalam lembaran sejarah industri muzik lewat karya mereka yang pernah mengusik hati penggemarnya.

~ Hip

Album Sebuah Nama, Sebuah Cerita - Peterpan @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami