Home » » Astro siar kahwin Mawi & Ekin

Astro siar kahwin Mawi & Ekin

Nampaknya ramai orang tertunggu-tunggu bila Mawi nak buat pengumuman tarikh bersejarah majlis perkahwinannya dengan Ekin. Yalah, sebelum ni kata Mawi dia nak buat pengumuman eksklusif itu selepas raya. Ni dah 12 hari kita menyambut Hari Raya, ramai juga yang bertanya bilakah tarikh yang dijanjikan itu?

Tapi yang Niezam nak ceritakan ini dalam sibuk-sibuk orang kata TV3 dapat hak eksklusif dan nak bayar juta-juta nak buat siaran langsung perkahwinan mereka pada bulan Disember nanti, rupa-rupanya stesen TV Astro yang dapat hak penyiaran itu.

Sumber tersebut datangnya dari orang dalam Astro sendiri yang mengakui mereka sudah dapat hak penyiaran tersebut.

"Majlis kahwin Mawi dan Ekin itu akan mendapat liputan secara langsung oleh salah satu saluran di Astro. Bukannya TV3 seperti yang orang gembar gemburkan sebelum ini," kata sumber dalaman itu.

Khabarnya juga Astro akan bekerjasama dengan RTM untuk membenarkan saluran televisyen itu menyiarkan majlis berkenaan ke seluruh negara macam yang pernah mereka buat masa menemukan Mawi dan Ina Naim dalam satu program khas tak lama dulu.

Ketika itu pada waktu yang sama TV3 menyiarkan majlis persandingan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk K di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Kiranya sekarang ni RTM dan Astro nak "berperang" semula dengan TV3 dari segi rating. Apa yang diharapkan dalam sibuk-sibuk nak berebut rating, jangan orang lain jadi mangsa sudahlah.

Masa kes Mawi dan Ina Naim dulu, siapa yang untung kalau tak Astro dan RTM? Yang menjadi mangsa keadaan akhirnya Mawi dan Ina sendiri.

NIEZAM: Ina Naim dapat jemputan tak kahwin Mawi nanti?

~ Utusan

Astro siar kahwin Mawi & Ekin @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami