Home » » Lirik Lagu Dodoi Si Manja

Lirik Lagu Dodoi Si Manja

Lirik Lagu Dodoi Si Manja

Hendak gugur, gugurlah nangka,
jangan ditimpa dahan pauh;
hendak tidur, tidurlah mata,
jangan terkenang ibu yang jauh.

Sungguh banyak buang manggis,
rasanya manis macam gula;
rindukan emak adik menangis,
sekejap lagi pulanglah dia.

Manis rasanya buah keranji,
jatuh sebiji di atas batu;
minumlah dahulu air kanji,
sementara emak memberi susu.

Pokok mangga tidak berbuah,
pokoknya ada di tepi kota;
ibu bekerja menuai di sawah,
mencari beras untuk kita.

Lirik Lagu Dodoi Si Manja @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami