Home » » » Biografi ( Biodata ) P.Ramlee

Biografi ( Biodata ) P.Ramlee


Tan Sri Dr. P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Perkahwinan

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor, seorang kerabat diraja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebakan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961.

Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

Penghargaan sebelum@selepas pemergian

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, semasa hayatnya beliau dianugerahkan darjah Ahli Mangku Negara (AMN) oleh YDPAgong ke3 pada 3 Jun 1964 (rujuk gambar di sebelah).

Selepas pemergian pula Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai "Pustaka Peringatan P.Ramlee" pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor".

Kemudian, sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia iaitu pada tahun 2007, P. Ramlee telah terpilih sebagai 10 calon terakhir bagi program "Anak Gemilang Malaysia" yang mengiktiraf rakyat Malaysia yang banyak memberi sumbangan kepada negara dan kejayaannya menaikkan nama negara di mata dunia.

Pada tahun yang sama, kisah hidup beliau juga telah dipentaskan dalam satu pementasan teater muzikal dengan tajuk "P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta and Inspirasi"

=====================================================================
(English Version ehsan Wikipedia Encyclopedia).

Tan Sri P. Ramlee (22 March 1929–29 May 1973) was a Malaysian film actor, director and songwriter. Due to his contributions in the movie and music industry, as well as in the literary scene, he is often attributed as the icon of Malay entertainment in both Malaysia and Singapore.

Biography
Ramlee was born Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh to Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim and Che Mah Hussein at his grandmother's house (now opened as P. Ramlee House) in Counter Hall (now renamed as Jalan P. Ramlee), Penang, Malaysia. Teuku Zakaria - P Ramlee's birth name. 'Teuku' is a title for descendants of noble families from Aceh of Sumatra, Indonesia. His father Teuku Nyak Puteh was a sailor from Lho' Seumawe in the province of Aceh, Indonesia.

As a child, he studied in several schools, including the famous Penang Free School. During his school days he was very active in sports, especially sepak takraw, badminton, and football.

He was married three times, the last to the singer Salmah Ismail (or Saloma) in 1961.

Career

For a list of all P. Ramlee's films see P. Ramlee filmography.

P.Ramlee's big break came on 1 June 1948 when he was spotted by Tamil film director B. S. Rajhans from Malay Film Productions of Jalan Ampas, Singapore. The director was impressed by Ramlee, and in 1949 he was cast in the film Nasib (Fate). Seven years later, Ramlee directed his first film Penarik Becha (The Trishaw Man). In 1957, Ramlee would act in the first of his Bujang Lapok (Dowdy Bachelors) comedic films, which are still popular among the modern Malay film watchers.

During his career he directed and acted in sixty-six films, and had more than 300 songs to his credit. Among his films that received awards are:

* Best Musical Score for Hang Tuah — Third Asian Film Festival, Hong Kong (1956)
* Best Male Actor for Anak-ku Sazali (My son, Sazali) — Fourth Asian Film Festival, Tokyo (1957)
* Best Comedy Film for Nujum Pak Belalang (The Fortune Teller) — Seventh Asian Film Festival, Tokyo (1960)
* Most Versatile Talent for Ibu Mertua Ku (My Mother In-law) — Tenth Asian Film Festival, Tokyo (1963)
* Best Comedy Film for Madu Tiga (Three Wives) — Eleventh Asian Film Festival, Taipei (1964)

His final film was Laksamana Do Re Mi on 1972 and last songs and lyrics was Ayer Mata Di Kuala Lumpur on 1973 before his death.

Death
On 29 May 1973 P.Ramlee died at the age of 44 due to heart problems and was buried in Jalan Ampang, Kuala Lumpur. In 1986, in honour of his contributions to the Malaysian entertainment industry, the P. Ramlee Memorial was set up in Setapak, Kuala Lumpur. In 1982, Jalan Parry in the KL city centre has been renamed Jalan P. Ramlee in his honor. He was posthumously awarded with the honorific title Tan Sri in the early 1990s.

Sumber: http://nostalgiazam.blogspot.com



Klik thumbnail untuk besarkan gambar P.Ramlee

Biografi ( Biodata ) P.Ramlee @ Lirikami

29 Komen:

Tanpa Nama berkata...

blog ni menarik tapi tak cukup maklumat
-alif amirun

!!! berkata...

erm.....blog ini menarik juga tapi tak cukup maklumat dgn apa yg d cari...

Tanpa Nama berkata...

hai anak itik tak betul ker mcm oweang gila






kittyy

Tanpa Nama berkata...

hye guys........

Tanpa Nama berkata...

ape nak dikate budak yang buat web_ke... tak begetah,,, alias budak bagal.....

P.Ramle... artis sepanjang masa.....

Tanpa Nama berkata...

biodata susah nk baca sebab tulis dlm ayat

Tanpa Nama berkata...

mmm susah lhaa nk carik maklumat lau cm nie. seket nye maklumat .

erin berkata...

huhu~

Tanpa Nama berkata...

tidak cukup maklumat untuk saya.. maaf kerana saya berkata begini.. :)

Tanpa Nama berkata...

asw......
p.ramlee adalah idola saya saya ingin menonton semua judulnya saya tergila2 dengan kocakx p.ramlee.mohon apa bila saudara mempunyai judul2 film p.ramlee sudinya untuk mengirimkan judul2nya kepada saya.saya dari indonesia
nama saya : syamsul rizal
umur : 28 tnh
email :syamriez55@yahoo.com
terima kasih
wss............

Tanpa Nama berkata...

xpuas bca,.../
mklmat xlngkp...
tolg tmbh lagi mklmatnya dngn lbih dtil dan menarik....
maaf bkta cm ni...

Tanpa Nama berkata...

saya suka biodata ini

Tanpa Nama berkata...

saya suka akan lakonan p.ramlee....tp maklumat ni trlalu sdikit untuk dbuat rujukan.

soffia berkata...

biodata die xde ke?sye gh cri biodata die ni tok wt folio ni...........:(

Tanpa Nama berkata...

Bosan!!!
kerana maklumat tidak cukup apa yang saya cariii

Tanpa Nama berkata...

tak cukup maklumat...

Tanpa Nama berkata...

bst pe p.ramlee

Tanpa Nama berkata...

x cukup maklumat nk wat folio

Tanpa Nama berkata...

x ckp maklumat....nyarik tan asang bk nulis,,,

Tanpa Nama berkata...

P.Ramlee memey seorang yg sgt unik & kretif untuk membuat cite yg best & lwknya sgt logik boleh lee.

p.ramlee kan kreatif, padan noorizan suker

Tanpa Nama berkata...

p.ramlee di kenang sepanjang masa..
film-film lakonannya semua bagus dan ada nilai serta ciri khas tersendiri...

Tanpa Nama berkata...

Betul

eka suzika berkata...

eka suzika erm tan sri p.ramlee nie very good sbb dea sangat menghiburkan sya....

Tanpa Nama berkata...

tiada kata seindah bahasa untuk kupuji adinda , tak da satu anak melayu pun didunia ni yang bisa tandingi rasa seni seorang P.Ramlee. dia adalah satu anugrah yang Allah berikan tuk bangsa melayu.

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri P. Ramlee.Beliau merupakan anak seni serba boleh kerana keupayaan membawa pelbagai watak filem dan berkebolehan dalam pelbagai cabang seni

Tanpa Nama berkata...

x cukup maklumat lar.... apa2 pon sye orang no 1 yang meminati seniman agung ini....

Tanpa Nama berkata...

cukup hebat dan kita mesti majukan semangat P.Ramlee untuk masa depan dan untuk anak muda yang akan datang

Tanpa Nama berkata...

awsome :)

Tanpa Nama berkata...

salah satu seniman besar berdarah INDONESIA . . . . .lokhsmawe aceh...

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami