Home » » Abby Abadi sah bercerai dengan Norman Hakim

Abby Abadi sah bercerai dengan Norman Hakim

Pelakon wanita terkenal, Abby Abadi sah bercerai talak satu dengan suaminya, Norman Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini.

Penceraian kali kedua bagi pasangan artis itu disahkan selepas Norman bersetuju melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Norman, 32, bagaimanapun dilihat menitiskan air mata dan terpaksa menenangkan perasaan sebelum dapat membacakan lafaz cerai tersebut.

Melihatkan keadaan Norman, Hakim Syarie menangguhkan sebentar bagi memberikan peluang kepada Norman mententeramkan perasaan terlebih dahulu. - Utusan

Abby Abadi sah bercerai dengan Norman Hakim @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami