Home » » Drama Bersiri Lost Musim Ke-4

Drama Bersiri Lost Musim Ke-4


Drama bersiri yang mendapat sambutan hangat, Lost kini kembali di 8TV untuk musim keempat. Dalam musim ini, penonton akan diberi peluang untuk mengetahui kisah terkini dan bakal mengetahui lebih jelas mengenai plot cerita menarik siri drama ini.

Anda dapat mencungkil rahsia misteri pulau dan penduduknya sekali gus menyaksikan banyak rahsia didedahkan. Lost akan mula ditayangkan di skrin TV anda bermula 22 Disember 2008, jam 9.30 malam.

“Musim empat ini merangkumi semua elemen dari drama sehingga babak yang mendebarkan dan pasti menjadikan siri ini sebagai salah satu siri yang digemari ramai,” kata Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Lam Swee Kim

Musim empat menumpukan kepada watak baru di Island dan takdir orang yang akan meninggal Island itu. Di antara plot utama adalah mengenai pekerja kapal pengangkut barang dan jika mereka datang untuk menyelamat atau membunuh mangsa yang terselamat dalam Pesawat Oceanic 815.

Selepas tekanan berterusan, Miles mengaku sebab sebenar mereka mendarat di pulau itu adalah untuk mencari Ben.

Ada juga soal mengenai siapakah di antara mangsa terselamat akan meninggal pulau itu dan bagaimana serta apa akan terjadi kepada mereka setelah diselamatkan selepas Sawyer dengan keberaniannya terjun ke laut kerana ingin meringankan helikopter itu.

Selepas diselamatkan mereka menjadi terkenal di seluruh dunia tetapi kisah silam mereka terus menghantui mereka. Kepimpinan, pengawalan dan pergelutan kuasa terus berlaku di antara Jack dengan Locke, Locke dengan Ben, Ben dengan Charles Widmore dan di antara sesetengah kru kapal pengangkut barang.

Untuk mengetahui lebih lanjut dalam musim ini, jangan lupa mengikuti musim terbaru Lost pada 22 Disember 2008 pada jam 9.30 malam hanya di 8TV.Anda juga menonton siri ini melalui Astro saluran 708.

Drama Bersiri Lost Musim Ke-4 @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami