Home » » Artis boleh sertai AF7

Artis boleh sertai AF7

Program realiti popular, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) kini membuka lembaran baru dengan meneruskan misi bagi pencarian bakat baru dunia nyanyian.

Selepas enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati peminat seni tanah air, AF7 turut menampilkan kejutan dan pembaharuan apabila buat pertama kalinya membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura dan Brunei.

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan berkata, pembaharuan itu dilakukan untuk mengukuhkan lagi matlamat dan usaha Astro dalam memberikan hiburan terbaik kepada pelanggannya melalui mutu produksi dan format yang mantap.

Katanya, elemen pembaharuan ini tidak terhenti di situ apabila AF7 turut membuka penyertaan kepada golongan artis tidak kira sama ada dari bidang nyanyian mahupun lakonan untuk turut serta.

“Objektif utama penerbitan AF7 adalah untuk memberikan kelainan dalam kandungan tempatan dan format program di samping komitmen kami dalam mencari dan membimbing bakat baru bagi mewarnai persada seni tempatan.

“Bersesuaian dengan arus peredaran zaman, beberapa elemen pembaharuan dilakukan bagi memberikan saingan yang lebih sengit dalam kalangan peserta.

“Bagaimanapun, kami hanya memberi peluang kepada artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan,” katanya.

Mengenai langkah Astro turut membuka penyertaan kepada warga Singapura, Khairul menjelaskan, langkah itu dilihat sejajar dengan hasrat Astro Ria yang ingin meluaskan pengaruhnya kepada penonton di Singapura.

Katanya, AF mempunyai peminatnya di negara itu kerana ia boleh ditonton melalui mio TV milik Singtel. Langkah ini membuka peluang kepada Astro Ria terutama AF untuk meraih sokongan yang meluas dari seluruh warga Singapura.

“Penerbitan dan produksi AF7 tidak sabar untuk memulakan penjelajahan uji bakat ke empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencari penyanyi yang berpotensi untuk diketengahkan.

Artis boleh sertai AF7 @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami