Home » » » Lirik Mimpi - Altimet ft Ning Baizura

Lirik Mimpi - Altimet ft Ning Baizura

Lirik Mimpi - Altimet ft Ning Baizura

Ning:

Mimpi di kilang di sini
ku direplika berkali kali
pabila bintang berjalan di bumi
ini realiti atau fantasi
aku tahu isi hati mu
aku tahu

Altimet:

Hello! selamat datang ke pesta
panggung agung di mata dunia
yang mampu membuat kau leka
dari tanggungjawab mu oh manusia,
kita teropong kerenah
mereka mengilang mereka mereka
lagu dan cereka pelbagai selera
supaya santai mu lebih selesa,
siar ke udara
timur selatan barat utara
kau taksub dengan takbirnya
tapi jangan intai sebalik tabirnya..

Ning:

Mimpi di kilang di sini
ku direplika berkali kali
pabila bintang berjalan di bumi
ini realiti atau fantasi
aku tahu isi hati mu
aku tahu

Altimet:

Dia boleh angkat kau ke angkasa
tapi dia kejam kepada mangsanya,
dan jika kau masih mahu berjaya
ku punya resipi tiru macam saya
ambil kontroversi, tambah sensasi
secawan melodi, secamca seksi
tambah photoshoot dah juga pc
untuk meningkatkan putaran rotasi
naikkan royalti dari macp
juga jumlah muat turun dan rbt
undangan memanggung di sana sini
selagi menjadi citarasa kini
alangkah chantek bila bertakhta
nombor pertama di atas carta
bila dah turun semua dilupa,
tak apa inilah lumrah dunia.

Ning:

Mimpi di kilang di sini
ku direplika berkali kali
pabila bintang berjalan di bumi
ini realiti atau fantasi

Ada yang memperdaya ku
ada yang diperdaya
ada yang memperguna mu
ada yang diperguna

Altimet:

Ya, memang terang kita berbeza
kau di label besar, aku merdeka
aku tak bertuan, kau berpasukan
tapi ku masih makan tak kempunan
kau naik lif untuk berjaya
aku panjat tangga yang aku bina
aku beli tanah dan bikin pangsa
kau rumah mewah tapi menyewa
kau ngga bisa bersaing di persada
serantau dan juga antarabangsa
jaguh di kampung segan di kota
selesa berkarya bertongkat kuota
usia muda, fikiran tua
tapi piala di beri jua
jadi punca masalah bisa di lupa
tak apa inilah ragam manusia.

Ning:

Mimpi di kilang di sini
ku direplika berkali kali
pabila bintang berjalan di bumi
ini realiti atau fantasi

Lirik Mimpi - Altimet ft Ning Baizura @ Lirikami

2 Komen:

Tanpa Nama berkata...

ada sesetengah lirik disini x sama dengan lirik yg dinyanyikan penyayi sebenar

Tanpa Nama berkata...

belakang tabir kea sebalik tabir?

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami