Home » » Scarlett Johansson benci imej seksi

Scarlett Johansson benci imej seksi

Scarlett JohanssonKetika berjuta wanita lain di seluruh dunia iri hati dengan bentuk badan yang dimiliki, pelakon seksi Hollywood, Scarlett Johansson, pula berbeza pandangan apabila menyifatkan dilahirkan sebagai wanita menggiurkan sebagai sesuatu yang 'teruk.'

Aktres seksi itu meluahkan rasa kesal itu kerana kecewa dengan perhatian tidak diingini yang diterima kerana penampilan dirinya dan benci dengan cara Hollywood amat keterlaluan dengan imej mereka.

Bintang Lost In Translation itu masih lagi terkejut dengan tindakan pereka fesyen kontroversi, Isaac Mizrahi, meraba payu daranya di permaidani merah tahun lalu, yang disifatkan sebagai pengalaman tidak menyenangkan.

“Ia detik yang amat teruk. Saya tidak tahu apa hendak dilakukan. Ia amat janggal. Memang sesuatu yang pelik apabila anda semakin dikenali dalam bidang hiburan di sini. Saya tidak berfikir dipandang seksi tetapi orang ramai terlalu asyik dengan perkara itu.

“Asyik dengan berat atau bentuk badan. Ini sesuatu yang tidak masuk akal. Saya ada standard sendiri bagaimana saya mahu diri saya dilihat. Saya adalah seorang yang menjadi kesihatan dan menjaga diri,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pelakon itu yang dilaporkan bekerja keras menurunkan berat badan sehingga dikatakan bakal kehilangan bentuk badannya menjadi idaman lelaki itu.

Aktres itu dikatakan hilang 6.3 kilogram, selepas berlatih dengan jurulatih fizikal aktres Gywneth Paltrow untuk watak dalam filem Iron Man 2.

Sumber memberitahu akhbar The Sun, Johansson yang berusia 24 tahun turut menjauhi makanan mengandungi karbohidrat.

“Scarlett memutuskan untuk menurunkan berat badan beberapa kilogram kerana berasa aktres yang lebih kurus mungkin dapat menyambar peranan itu,” kata sumber kepada akhbar. - Agensi

Scarlett Johansson benci imej seksi @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami