Home » » Kris Allen menang American Idol 2009

Kris Allen menang American Idol 2009

Kris Allen dinobatkan sebagai American Idol 2009 mengalahkan seorang lagi finalis yang juga menjadi peserta favorit juri, Adam Lambert.

Allen, 23, adalah pelajar dari Conway, Arkansas sementara Lambert, 27, adalah pelakon teater yang berasal dari San Diego.

Hos rancangan, Ryan Seacrest berkata, hampir 100 juta unidi diterima oleh kedua-dua finalis.

Turut menghiburkan pada kemuncak acara ialah Black Eyed Peas, Cyndi Lauper, Carlos Santana dan Rod Stewart. Lambert berduet dengan Kiss dan Allen pula berduet dengan Keith Urban.

Sebelum pengumuman dibuat, kedua-dua finalis berduet menyanyikan lagu We are the Champions bersama dengan beberapa anggota Queen.

Allen mendapat kontrak rakaman bersama dengan gelaran American Idol. - AFP

Kris Allen menang American Idol 2009 @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami