Home » » » Lirik Dia Muhammad - In Team

Lirik Dia Muhammad - In Team

Lirik Dia Muhammad - In Team

Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya

Lirik Dia Muhammad - In Team @ Lirikami

8 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya sangat suka lagu ini.

Tanpa Nama berkata...

Andainya rasulullah ada bersama kita,pasti aku akan sentiasa bersama beliau.akan ku perjuangkan hidup mati ku untuknya.

Tanpa Nama berkata...

Saya suka lagu n!e.... Saya harap kumpulan akan dtg lg ke sekolah menengah agama arab yayasan khairiah... Ini permitaan dRi semua warga sekolah menengah agma arab yayasan khairiah....

Tanpa Nama berkata...

seandai rasullullah mendengar lagu ini
baginda akan terharu

Tanpa Nama berkata...

lagu ni membuat saya menangis.. bulu roma naik.. edih pon ada.. :'(

Gadis merah jambu berkata...

sedihlah lagu ni ..tapi memang sedap didengar...lagu dia memang menpunyai maksud yang tersurat dan tersirat yang perlu kita fahami dan teladaninya....saya suka IN TEAM..

Tanpa Nama berkata...

mohon copy yer..........lgu yg seronok..............

Tanpa Nama berkata...

ANA UHIBBU HAZAA NASHEED

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami