Home » » Lirik Lagu Perak Darul Ridzuan

Lirik Lagu Perak Darul Ridzuan

Lirik Lagu Perak Darul Ridzuan

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam… berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Sungainya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku.

Lirik Lagu Perak Darul Ridzuan @ Lirikami

18 Komen:

Tanpa Nama berkata...

seronok nye . . . . . nak blik taiping . .

Tanpa Nama berkata...

Salam..
sekian lama cari lagu ni.. teringn zaman 80-an dahulu TV RTM selalu siar sebagai rancangan selingan!
Siapa pencipta lagu dan liriknya? SUKA SANGAT!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,

lagu2 patriotik negeri semua tu semasa Dr Mahathir jadi PM melalui Program Semarak. Zaman tu RTM banyak siarkan lagu2 begini.

Tapi sekarang lagu-lagu yang mengikat patriotism kita semakin dilupakan. Sebab itulah ramai yg lupa diri, sokong penkhianat.

Semoga RTM siarkan kembali lagu-lagu lama ini dr versi klip asal.

asAnggun berkata...

Assalammualaikum... Tetiba teringat kat Lagu Perak Darul Ridzuan, tetiba teringat kat perhimpunan sekolah dulu2... ohhhh Batu Gajah kuuuuu...
St. Bernadette's Convent is always in my heart...
ex. 1997

Yazid Ikhwan Bahari berkata...

Romantik sungguh lirik dan lenggok lagu ini..tiap hari pasang kat ofis mmg mengusik kelbu!!

Tanpa Nama berkata...

Suami saya selalu menyanyikan lagu ini apabila mahu tidurkan anak.Ketiga2 anak saya secara otomatik akan tidur lena selepas mendengar lagu ini..Kalau saya cuba nyanyikan lagu ini untuk menidurkan mereka, tak menjadi kerana saya bukan orang Perak..

adleena vanilla berkata...

ni lagu negeri perak ke ? panjang nyee ..

marmalade85 berkata...

plssss nak lagu lirik lagu perak no.1

Tanpa Nama berkata...

GILER LAH.TERINGAT ZAMAN 80an.ZAMAN KECIK2 DULU,KAWAN2 DAN KAMPUNG HALAMAN DI KULA KANGSAR.

Tanpa Nama berkata...

best!!

Tanpa Nama berkata...

menangis dengar lagu ni.ble nyanyi sebak je..teringat zaman kecil dlu.pagi2 rtm pasang lagu ni..teringat keamanan n ketenangan dan kehebatan negeri perak.n im proud to be anak perak.

Tanpa Nama berkata...

Suguh hebat negeriku..

Tanpa Nama berkata...

Lagu ni mengusik jiwa.....masa zaman sekolah dulu ade koier...lagu nila jd rebutan.hebat lagu ni.syabas di ucapkan pd penulis lirik ini...

Tedi berkata...

Tedi pun minat lagu ni sebab lirik dia cerita banyak pasal Perak. Cuma penyanyi nya tu macam tak best je, hehehe.

Tanpa Nama berkata...

Memang indah ciptaan TUHAN

Tanpa Nama berkata...

tanpamu di kasihi oleh tuhan

Tanpa Nama berkata...

Semoga Tuhan berkati mu

Alehandro Cisco berkata...

Tuhan berkati tanah airku

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami