Home » » » Lirik Tanya Sama Hati - P.Ramlee

Lirik Tanya Sama Hati - P.Ramlee

Lirik Lagu Tanya Sama Hati - P.Ramlee

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali


Lirik Tanya Sama Hati - P.Ramlee @ Lirikami

9 Komen:

Ana Je La berkata...

yesss...suka ngn lagu ne...

ramlee berkata...

nak buat sedikit pembetulan...

"Tiba masa lena apa mimpimu..."

sepatutnya,

Ingat masa lena apa mimpimu...

sekian. wassalam.

Tanpa Nama berkata...

indahnya bahasa orang dahulu

Tanpa Nama berkata...

ya.. memang indah bahasa merekaa

Tanpa Nama berkata...

I like it...love u..hahah - Jazlina cute

Izzah Fathiah Bt. Fauzi berkata...

best i love it muahh :*

Amir (kumpulan Tooky) berkata...

The best song.....Mmg bahasa cukup cntk...
Ini baru lagu

Tanpa Nama berkata...

as'salam..memang bahasa orang dulu memang cantikkan..bukannya bahasa orang sekarang,,buat lagu pon dah boleh melalaikan manusia dan mengeluarkan perkataan yang tak baik..cuba cuba ingat lah yeee...

Tanpa Nama berkata...

Bahasa org dahulu mmg INDAH. Walaupun lagu nie bkn pde zaman sye tpi sye sgt minat dgn lgu nie. Fav song la katekn.

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami