Home » » Aduan Rakyat di TV3 mulai 6 Januari

Aduan Rakyat di TV3 mulai 6 Januari


Stesen televisyen terkemuka, TV3 akan menyiarkan sebuah program majalah bertajuk 'Aduan Rakyat' bermula 6 Januari depan, khusus untuk mengetengahkan aduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Program 13 episod dengan tagline 'TV3 Ambil Berat' yang bersiaran selama 30 minit setiap Rabu jam 9 malam itu akan memberi fokus kepada masalah rakyat termasuk komuniti, kerosakan harta benda awam, ketidakadilan dalam isu pengguna, kekurangan dalam infrastruktur kepada golongan kurang upaya, pengangkutan awam dan perkhidmatan sektor awam.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Ahmad A Talib, berkata program itu tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak yang berkaitan sebaliknya bertujuan memaparkan masalah yang dihadapi rakyat dan mencari penyelesaian dengan kerjasama kerajaan tempatan, pemaju dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Tidak semua masalah rakyat diketahui oleh pihak berwajib, justeru kita akan memainkan peranan untuk mengetengahkan masalah itu bagi perhatian mereka.



"Kita akan memastikan laporan dilakukan dengan adil dan mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak," katanya selepas pelancaran logo Aduan Rakyat di Sri Pentas di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Beliau berkata, TV3 menerima banyak aduan melalui emel namun tidak semuanya dapat diberi perhatian kerana tempoh bagi siaran berita agak terhad.

"Justeru, aduan rakyat adalah platform terbaik rakyat Malaysia membuat apa saja aduan," katanya.

Beliau berkata, penonton boleh mengetahui mengenai penyelesaian bagi sesuatu isu melalui Buletin Utama sebelum mengikuti perkembangan dan susulan selanjutnya dalam Aduan Rakyat.

Katanya, program yang diterbitkan Hisham Abdullah dari Primeworks Studios itu akan dikendalikan sepasukan wartawan berkaliber termasuk pemenang anugerah Laporan Berita Terbaik Anugerah Skrin 2009, Karam Singh Walia, Jaffry Azman Dahalan, Puspavathy Ramaloo dan Loo Tung Seang.

Orang ramai yang ingin membuat aduan boleh membuat panggilan atau menghantar e-mel ke TV3 atau mengisi borang aduan yang disediakan di peti Aduan Rakyat di setiap lokasi Karnival Jom Heboh pada tahun depan dan melayari laman web www.tv3.com.my/ aduanrakyat.

Aduan Rakyat di TV3 mulai 6 Januari @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami