Home » » Pernikahan Serina Redzuan

Pernikahan Serina Redzuan

Dengan dengan sekali lafaz, pelakon popular, Serina Redzuan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar di Masjid Wilayah Persekutuan.



Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk masjid tersebut, Mohd. Nazarudin Mohd. Nazir dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan disaksikan kedua-dua ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan serta saudara-mara terdekat.

Pada majlis itu, pihak pengantin lelaki menghantar sembilan dulang hantaran antaranya ialah kek, telekung, produk kecantikan jenama Vera Wang dan MAC, sepersalinan baju, tas tangan, senaskhah al-Quran, gelang tangan, sirih junjung dan wang hantaran berjumlah RM30,000.

Pernikahan Serina Redzuan @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami