Home » » Perkahwinan Shidee - Siti Fairunnisa.

Perkahwinan Shidee - Siti Fairunnisa.



“Saya tidak pandang faktor umur, yang penting suami pilihan saya seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga saya,” kata Siti Fairunnisa Aziz, isteri kepada penyanyi popular era 1980-an, Shidee.

“Kami berkenalan empat tahun lalu dan apabila melihat ada keserasian, tambahan pula dia juga kelakar, kami mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya yang ditemui pada majlis persandingan di Taman Sentosa, di sini, semalam.


Menurutnya, dia berharap dan berdoa untuk mendapat cahaya mata secepat mungkin.




Sementara itu, Shidee yang popular dengan lagu ‘Sayang Semuanya Sudah Terlambat’ berkata, dia bersyukur kerana menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati.

“Soal jodoh Allah yang tentukan, sebelum ini memang saya ada berusaha tetapi gagal, namun akhirnya bertemu jodoh dengan Siti Fairunnisa,” katanya yang kini menumpukan usaha dalam bidang perniagaan sebagai ejen hartanah.

Menurut Shidee, isterinya seorang yang lemah lembut dan penyabar, menyebabkan hatinya terus tertarik.


“Seperti dia, saya juga berdoa kepada Allah supaya dikurniakan cahaya mata kerana anak itu umpama harta yang tidak ternilai,” katanya.


Mengenai karier, Shidee berkata, dia tidak pernah berhasrat bersara daripada bidang nyanyian kerana yakin masih berkeupayaan menyanyi lagu langgam.

“Selepas berumahtangga, saya akan menumpukan terhadap perniagaan, tetapi bidang nyanyian sudah sebati dalam hidup ini.


“Saya memang berhasrat untuk menghasilkan single dan album pada masa akan datang. Insya-Allah, saya tidak akan menghampakan peminat saya,” katanya.

Perkahwinan Shidee - Siti Fairunnisa. @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami