Home » » Tentang Fara Fauzana

Tentang Fara Fauzana



INFO FARAH FAUZANA

# DILAHIRKAN pada 7 Februari 1980 di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Wanita yang baru saja genap 30 tahun ini mempunyai tiga adik-beradik.

# DIKENALI sebagai Fara Fauzana atau Fafau di kalangan peminat, penyampai Hot FM ini turut berkecimpung dalam bidang lakonan dan pengacaraan televisyen serta majlis. Melodi ialah rancangan paling popular kendaliannya.

# TAHUN lalu, filem Jin Notti lakonan Fara bersama bintang Akademi Fantasia, Mawi, menemui penonton. Dia juga berlakon siri Fara dan Gadis Cuci.

# PEMEGANG Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam ini sukakan aktiviti memandu kereta, fotografi, bersukan serta beriadah.

# WANITA ini pernah menggenggam trofi Pengacara TV Wanita Popular sebanyak empat kali, sejak ABPBH 2005. Dia juga menaiki pentas menerima trofi Penyampai Radio Wanita Popular sebanyak dua kali, pada ABPBH 2007 dan ABPBH 2008.

Tentang Fara Fauzana @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami