Home » » Zarina Ann Julie Mengaku Ambil Dadah Jenis Ketamin

Zarina Ann Julie Mengaku Ambil Dadah Jenis Ketamin

Pelakon Anak Pontianak, Zarina Ann Julie mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT)

Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.


“Pelakon berkenaan bagaimanapun mengaku secara lisan mengambil ketamin, manakala rakan perempuannya mengambil syabu.

“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dibawa ke pejabat AADK di Sepang untuk ujian air kencing serta siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan di sini, malam tadi.

Jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh diperintahkan oleh mahkamah menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) selama dua tahun.

Zarina Ann Julie Mengaku Ambil Dadah Jenis Ketamin @ Lirikami

0 Komen:

Catat Ulasan

 
◄Design by Lirikami