Home » » Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik AIM17 milik Yuna

Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik AIM17 milik Yuna

Yunalis Zarai atau Yuna menggondol empat anugerah pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.


Penyanyi berusia 23 tahun itu memenangi Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ciptaannya berjudul Dan Sebenarnya.

Selain itu, dia turut memenangi kategori Artis Baru Terbaik mengalahkan empat calon lain iaitu Azlan & The Typewriter, Bunkface, Prema Yin dan Tomok.

Yuna juga mengungguli kategori lagu Inggeris tempatan terbaik berjudul Deeper Conversation juga ciptaannya sendiri.

Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik AIM17 milik Yuna @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami