Home » » Vanidah Imran , Awal Ashaari pengacara Anugerah Skrin (ASK)2010

Vanidah Imran , Awal Ashaari pengacara Anugerah Skrin (ASK)2010

Vanidah Imran dan Awal Ashaari terpilih sebagai pengacara Anugerah Skrin (ASK)2010 anjuran TV3.

Vanidah Imran melahirkan rasa bangga dan berbesar hati apabila diberi kepercayaan oleh stesen televisyen nombor satu negara itu.

Apabila memikirkan seolah-olah menjadi satu trend seorang pengacara yang mengemudikan acara anugerah di negara ini yang perlu membuat lawak, Vee sedar akan kekurangan dirinya dalam aspek itu.



“Saya sudah jelaskan kepada TV3 yang saya ini tidak pandai untuk mencipta lawak spontan jika itu yang mereka mahukan dalam menghidupkan ASK 2010. Tetapi, apabila difikirkan semula, pasti ada sebab mengapa saya yang dipilih tahun ini.

“ASK 2010 adalah tentang anugerah yang berprestij. Jadi, saya ikut arus itu dan berusaha memainkan peranan sama prestijnya seperti anugerah itu sendiri,” kata Vee yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Filem Terbaik menerusi The Red Kebaya pada ASK 2007.



Begitu juga dengan Awal yang tidak menyangka namanya dipilih sebagai pengacara anugerah yang mengiktiraf karyawan drama dan filem tanah air itu.

Jelas anak jati Kuala Lumpur itu lagi, dia dan Vee dipanggil oleh TV3 untuk menjalani uji bakat sama seperti nama-nama yang dipilih oleh stesen itu.

Selepas menjalani saringan peringkat pertama, Awal kemudiannya digandingkan dengan seorang artis wanita popular untuk menguji keserasian antara mereka.

Entah bagaimana, sementara menunggu giliran, Awal secara tiba-tiba menghampiri Vee yang turut berada di bilik rehat itu lalu menyuarakan hasrat mahu mencuba untuk mengacara bersama.

“Daripada situ, keserasian itu timbul dengan spontan dan ia lahir secara semula jadi antara saya dengan Vee. Saya percaya gandingan kami untuk ASK 2010 ini mampu melancarkan perjalanan anugerah itu nanti.

“Setidak-tidaknya, penonton diberi senario yang baru apabila saya dan Vee dipilih sebagai pengacara ASK 2010,” ujarnya penuh diplomasi.

Bagi Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar pula, pihaknya memang mahu memberi peluang kepada muka-muka baru dalam mengacarakan ASK.

“Kerana itu, kami yakin dan sanggup mengambil risiko dengan menggandingkan Vee dan Awal untuk ASK 2010. Kalau kita tidak memberi peluang itu, masakan kita tahu kebolehan mereka untuk menerajui anugerah berprestij seperti ini,”

Vanidah Imran , Awal Ashaari pengacara Anugerah Skrin (ASK)2010 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami