Home » » » Biodata Profil MonoloQue

Biodata Profil MonoloQue

Biodata Profil kumpulan MonoloQue

Loque (sebutan: “Lohk”) – Penggubah Lagu & Senikata, Penyanyi, Penerbit, Pemain Gitar & Papan Kekunci
Nama Lahir: Khairil Ridzwan Annuar
Tarikh Lahir/Asal: 9 November 1977 (33 tahun); Bangsar, Kuala Lumpur
Rumusan Karier Muzik Setakat Ini: Butterfingers (1993 – 20xx), Solo/MonoloQue (2004 – 20xx)
Pendidikan/Kelulusan: Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat (Ijazah jurusan Composition & Synthesis)
Pencapaian Peribadi: Pengiktirafan sebagai pelajar Dean’s List dari Berklee College; graduan Magna Cum Laude kelas 2009; Telah menjual sekitar 150,000 buah album bersama Butterfingers; Kini mempunyai hampir 100 buah lagu terbitan di bawah nama beliau; Menubuhkan Penerbitan Pancasona serta institut pengajian & pemahaman teori muzik, Skolah Baru Kuala Lumpur (SBKL) pada tahun 2009.

Kadax
Nama Lahir: Mohd Fakharuddin Bahar
Asal: Kuala Lumpur
Instrumen: Bass & Vokal Latar
Pendidikan/Kelulusan: ASK (ASWARA) Kuala Lumpur
Karier: Butterfingers (1993 – 20xx), Pemain undangan kumpulan Estranged (2008/2009)

Loko
Nama Lahir: Noorhafizal Rashid
Asal: Kuala Lumpur
Instrumen: Dram, Ritma, Alat Perkusi & Vokal Latar
Karier: Scan (Sekitar ’90-an), Butterfingers (1999 – 20xx)

Ijoo ‘Gagak Hitam’
Nama Lahir: Ikhzwan Omar
Asal: Kepong, Selangor
Instrumen: Gitar Karan & Akustik
Pendidikan/Kelulusan: ASK (ASWARA) Kuala Lumpur
Karier: Gitaris kumpulan alternatif/underground spt. X-Cited Screamers, Private Whizz & Nadia’s Picture Show (1998 – 2003); Pemain kelab/sesi (2000 – 20xx); Anggota tetap MonoloQue (2008 – 20xx)

Adam ‘Senyap’
Nama Lahir: Adam Shahrir Omar
Asal: Kuala Lumpur
Instrumen: Papan Kekunci
Pendidikan/Kelulusan: Jurusan Muzik UiTM Shah Alam, Selangor

Biodata MonoloQue

Biodata Profil MonoloQue @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami