Home » » Lirik Lagu Jambu Merah - Dato' SM Salim

Lirik Lagu Jambu Merah - Dato' SM Salim

Lirik Lagu Jambu Merah - Dato' SM Salim

Siapalah bilang abang tak sayang
Siang dan malam terbayang-bayang
Duduk di rumah rasa tak senang
Kalaulah boleh sekarang nak pulang

Purut limau purut
Duduk seorang macam takut

Muda timun muda
Dari seorang baik berdua

Siapalah bilang abang ni joli
Memang sengaja nak sakitkan hati
Jangan dengar hasutan orang
Rumah tangga lintanglah pukang
Jangan dengar hasutan orang
Rumah tangga lintanglah pukang

Ubi rebus ubi
Orang memang sakit hati

Cinta sama cinta
Orang lain peduli apa

Siapalah bilang abang tak rindu
Siang dan malam termimpi-mimpi
Saban hari asyik begitu
Bolehkah adik datang ke mari
Saban hari asyik begitu
Bolehkah adik datang ke mari

Suka sama suka
Tepuk dada tanya selera
Merah jambu merah
Baik lekas kita nikah

( Lagu : Tradisional - Lirik : Tan Sri Dato' SM Salim )

Lirik Lagu Jambu Merah - Dato' SM Salim @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami