Home » » Scotty McCreery Juara Baru American Idol

Scotty McCreery Juara Baru American Idol

Scotty McCreery dipilih sebagai idola baru mereka menerusi rancangan pencarian bakat paling popular, American Idol musim ke 10 (AI10).

Berlangsung di Nokia Theatre di Los Angeles, McCreery, 17, telah menewaskan Lauren Alaina, 16, pada malam final yang menyaksikan pertembungan dua finalis termuda dalam sejarah American Idol.


Scotty juga adalah peserta kedua berusia 17 tahun diiktiraf juara selepas Jordin Sparks, pemenang American Idol musim ke-6.

Scotty pada malam gemilang persembahan itu telah menyampaikan lagu pilihannya sendiri, Gone nyanyian asal Montgomery Gentry selain dua lagi lagu iaitu Check Yes or No (George Strait) serta lagu yang dicipta khas untuknya, I Love You This Big.

Lauren pula menyampaikan lagu Flat on the Floor nyanyian asal (Katrina Elam) diikuti lagu Maybe It Was Memphis (Pam Tillis) dan Like My Mother Does (Kristy Lee Cook).

Musim ke 10 American nyata unik kerana dianggap yang terbaik dalam tempoh 10 tahun penyiarannya. Selain undian tertinggi dalam sejarah pada malam final, jumlah keseluruhan undi sepanjang musim juga telah didedahkan oleh hos, Ryan Seacrest iaitu sebanyak lebih ¾ billion, juga yang tertinggi dalam sejarah penerbitan rancangan realiti TV berkenaan.

Ini sekaligus mengetepikan suara-suara yang menyatakan musim ke 10 American Idol tidak akan dapat mencapai kegemilangan seperti musim-musim sebelumnya. Antara faktor utama timbul pelbagai kritikan bahawa AI10 akan memasuki zaman suram, ialah kerana pemergian Simon Cowell, pengkritik paling 'berbisa' dalam American Idol.

Namun, dengan percapaian terbaru ini, ianya sekaligus membuktikan American Idol masih lagi diterima rakyat Amerika, malah dengan kejayaan yang lebih hebat dari sebelumnya. Kehebatan AI10 juga telah diserikan dua orang juri baru, iaitu Jennifer Lopez dan vokalis Aerosmith, Steven Tyler. Randy Jackson membuktikan dia adalah juri paling setia dengan program ini apabila terus kekal untuk musim ke 10.

Malam final AI10 dimulakan dengan persembahan 13 peserta utama AI10 menyanyikan lagu Lady Gaga, Born This Way. Peserta-peserta yang tersingkir juga diberi peluang membuat persembahan individu sebelum pentas diambil alih kedua-dua finalis untuk membuktikan kehebatan mereka.

Scotty McCreery Juara Baru American Idol @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami