Home » » Enrique Iglesias tak dapat lupakan bekas teman-teman wanita

Enrique Iglesias tak dapat lupakan bekas teman-teman wanita

Penyanyi, Enrique Iglesias mengakui tidak dapat melupakan bekas teman-teman wanitanya, terutama yang bersifat 'ganas'.

Ini jelas dapat dilihat dalam lagu-lagu baru yang dinyanyikan oleh penyanyi Sepanyol itu yang mengisahkan tentang cinta, walaupun ketika ini dia bercinta dengan pemain tenis, Anna Kournikova sejak 10 tahun lalu.


''Adakalanya seseorang lelaki akan jatuh cinta dengan seorang wanita yang bersifat berbahaya kepadanya.

''Mereka boleh menyulitkan hidup anda dan menjadikan kehidupan sukar tetapi anda akan belajar daripadanya dan tidak akan melupakan mereka,'' katanya.

Lagu single terbaru Iglesias bertajuk Dirty Dancer menceritakan mengenai percintaan buruk.

Sementara itu, penyanyi tersebut baru-baru ini mendedahkan dia masih belum bersedia untuk membina sebuah keluarga dengan Kournikova.

''Saya menyukai idea untuk menjadi seorang ayah walaupun saya tidak fikir sekarang adalah masa yang sesuai.

''Dia menyatakan saya akan menjadi ayah yang baik tetapi saya rasa ia bermaksud kami hanya akan mempunyai dua orang anak,'' ujarnya.

Iglesias berkata, teman wanitanya itu tidak merasakan mereka perlu berkahwin untuk bahagia.

''Kami gembira dengan keadaan sekarang. Saya tidak rasa perkahwinan akan menjadikan kami lebih gembira tetapi Kournikova sukakan kanak-kanak dan saya rasa dia akan menjadi seorang ibu yang baik,'' jelasnya. - Agensi

Enrique Iglesias tak dapat lupakan bekas teman-teman wanita @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami