Home » » Keputusan Penuh Akademi Fantasia 9 - Hazama Juara!

Keputusan Penuh Akademi Fantasia 9 - Hazama Juara!

Hazama AF9 dipilih oleh peminat sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), sekali gus membawa pulang wang tunai RM200,000 dan hadiah iringan lain.

Keputusan Penuh Akademi Fantasia 9
Juara: Hazama AF9
Naib Juara: Lena AF9
Tempat ke-3: Fina AF9
Tempat ke-4: Azri AF9

Berlintas langsung dari Dataran Putrajaya, peminat dan penonton teruja menyaksikan persembahan terbaik daripada empat finalis AF9 — Hazama Ahmad Azmi (Hazama), Mohamad Azri Abdullah (Azri), Lenaber Hadir (Lena) dan Nur Shafinaz Jebat (Fina).




Keempat-empat finalis akan menyampaikan dua lagu termasuk single masing-masing: Hazama — Pukau (nyanyian asal Tomok) dan Cinta Teragung (ciptaan Kuncidemak), Azri — Ku Tak Bisa (nyanyian Slank) dan Niskala Cinta (ciptaan Omar K dan Zel), Fina — Satu Harapan (nyanyian Jaclyn Victor) dan Menangis Lagi (ciptaan Edrie Hashim) manakala Lena — Dunia (nyanyian Bunkface) dan Sisa Cinta Kita (ciptaan Kuncidemak).

Lagu bonus berjudul Fire Work dipopularkan penyanyi antarabangsa, Katy Perry.

Keputusan Penuh Akademi Fantasia 9 - Hazama Juara! @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami