Home » » Wajah Ceria Pemenang AF9

Wajah Ceria Pemenang AF9

Wajah Ceria Pemenang AF9

Hazama AF9

Juara - Hazama AF9
"Saya sedar apabila saya masuk ke dalam AF, ramai yang berkata, ala budak ini lagi. Saya masuk AF sebenarnya kerana mahu belajar. Selepas menyertai AF, perkara pertama yang saya pelajari adalah, cara nyanyian yang betul”

Lena AF9

Naib juara - Lena

“Saya bersyukur kerana penat lelah dan pengorbanan sepanjang tiga bulan berada dalam AF9 berbaloi dengan pencapaian ini. Saya percaya kepada rezeki masing-masing. Apa yang penting usaha. Kejayaan melangkah ke final satu pencapaian yang besar maknanya buat saya. Apatah lagi menduduki tempat kedua pada pertandingan ini.

“Sepanjang dalam AF, saya juga sempat mencipta lagu. Saya sendiri tidak menyangka dapat mencipta lirik lagu dan melodi ketika waktu lapang. Jika tiada aral saya akan menerbitkan lagu itu. Saya akan kongsi duit kemenangan ini untuk perniagaan keluarga di pasar malam,” katanya.

Fina AF9

Tempat ketiga - Fina


“Mungkin rezeki Hazama untuk muncul juara AF9. Dia juga sudah berusaha bersungguh-sungguh. Saya perhatikan sejak di belakang pentas lagi dia begitu serius mahu lakukan terbaik dalam persembahannya.

“Soal Sistem Imuniti yang diperoleh saya pada minggu kelapan adalah sesuatu yang cukup bermakna kerana selain mencipta sejarah ia juga sebagai motivasi untuk berusaha.

“Selepas ini, saya akan mengikuti segala perancangan Astro dan bakal tampil dengan kumpulan sendiri iaitu Sassu. Kumpulan ini dianggotai saya tiga beradik dengan single terbaru,” katanya.

Azri AF9

Tempat keempat - Azri

“Saya tidak kisah kalau orang kata persembahan dan suara saya seakan-akan Faizal Tahir kerana ia hanya kebetulan. Saya minat kebanyakan penyanyi rock seperti Chris Adam, Brian Adams dan David Cook.

“Tujuan saya menyertai AF9 untuk menjadi platform mencipta nama dalam dunia seni,” kata Azri yang turut aktif bersama bandnya, Breakfast Band.

Wajah Ceria Pemenang AF9 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami