Home » » 5forty2 - Datang Balik Lirik

5forty2 - Datang Balik Lirik

Lirik Lagu Datang Balik - 5forty2

(Phonic)
Phonic kembali, rasa asyik nak ludah
Lama tak main ayat sampai bahasa jadi basah
Banyak rap Melayu, aku hanya tengok je
Biar korang berucap aku jadi mata-mata
Rata-rata tertanya walau kitorang menyepi
Ade orang wujud tapi takde yang peduli
Aku langsung tak rasa, korang nak kata apa
Korang leh bercakap, rap ni kami punya
Aku beraksi dengan pasti, korang dalam khayalan
Korang tumbuk garisan, aku tinju masa depan
Buat apa banyak bunyi tapi buta meraba
Lebih baik sunyi kehadiran orang rasa
Kitorang sunyi sepi memang sebab kitorang senyap
Dari banyak bunyi sound macam orang sangap
Ramai cuba langgar, ramai cuba tempur
Pernah tak dengar jangan kacau naga tidur?

(NaraMerah)

Yang jauh jom dekat, yang dekat jom rapat
NaraMerah beraksi jangan buat muka ketat
Berayat padat, budak baru Lima Empat Dua
Comeback sesame, kitorang kasi pukul rata
Menyepi kami sepi kami bermeditasi
Diam-diam ubi diam kami diam berisi
Sekarang kau senyap turn korang pasang telinga
Boring aku tengok seni korang takde berbunga
Kononnya wira bangsa pejuang bahasa
Rap kontang mesej gersang sama cam tuan dia
Ini rap dibikin kasi gegar otak sikit
Hiburan duniawi boleh buat jiwa sakit
Sekadar peringatan niat nak bangunkan korang
Cukup-cukuplah mabuk dengan matlamat songsang
Kalau rasa nak lawan rasa tak puas hati
Dok tepi, bukak minda fikir kritis macam kami

(alFaisal)

5forty2 entiti jasad tak pernah hilang
Ada je berdekatan, jangan pandang belakang
Biasalah kadang-kadang kejap hilang pastu muncul
Tenggelam tak lemas mengganas bila timbul
Orang tua-tua kata diam tanda setuju
Sorry bukan macam tu, ini diam tunggu seru
Biasala bila hidup ada je evolusi
Benda-benda semalam tak sama ngan hari ni
Bila makin dewasa bertambah tanggungjawab
Mana lebih utama kena susun takleh silap
Alih sikap takkan nak terus jadi budak-budak
Perangai tak luak otak pun tak bukak-bukak
Terkena tuak dunia layan mabuk sampai lupa
Nanti mana peginya? Kita hidup berapa lama?
Ni cuma ajak fikir, bukan suruh bertapa
Kasi korang pilih, tak sudi pun tak ape

(G)

Jangan gerak lagi, kitorang belum lagi mati
Kipas susah mati bagi angin kejut kami
Skang kitorang dah bangun, tak yah nak berlakon
Jangan buat penat, watpe nak seksa microphone
Bukan nak berpantun, bukan nak bersajak
Roger satu kampung, kehadiran korang buat semak
Satu kali kitorang sapu gotong-royong ramai-ramai
Kitorang ade hutang? Skarang juga kitorang langsai
Kitorang tak nah hilang, ushahidu dari jauh
Banyak budak baru nak up dah mula jadi angkuh
Hip-Hop makin jatuh masa kitorang menyepi
Hip-Hop tak mati cuma karya korang basi
Bukan nak besar diri, korang pun boleh nampak
Betul ke lagu ko tu maksud sebenar gempak?
Kini kitorang kembali memecahkan sunyi
Lagu kitorang berisi, bukan sekadar langsi, yup

(DMent)

Nama plus untung budget dapat lagu panas
Lagu panas jadi suam sebab niat tu tak ikhlas
Lama-lama otak beku sebab diri taknak maju
Buat lagu laju-laju satu ape pun tak laku
Ini realiti, banyak benda boleh nampak
Sempat lagi nak baiki ape yang dah rosak
Hidup sesak sebab Tuhan tak bagi panduan
Jangan sombong, anytime je boleh jalan
Masa terang gelap mata tengok telinga dengar
Otak kena pickup kalau tak nak kena langgar
Jangan main ludah, kena tengok tempat
Jangan main redah takut nak break kang tak sempat
Setitik nila rosak susu sebelanga
Sebab melamin, rosak susu satu dunia
Cuba fikir balik ape kau punya pegangan
Suntik kreativiti, idea bernas, baru layan

(RyFa)

Lebih baik bertapa penuhkan ilmu di dada
Daripada tunjuk terer tapi tu pun kawan punya
Bukan sekadar bunyi baik peram isi lirik
Biar ayat ada kick rap pasar bunyi bingit
Sape rasa sakit hati boleh terasa
Sape rasa pelik harap-harap boleh celik
Buat lirik bukan sekadar nak ngaku hak milik
Tak harap publisiti tapi renungan publik
Dengar apa dikata bukan siapa becerita
Buat lagu jela-jela bukan untuk suka-suka
Tapi kata-kata ingatkan supaya jaga-jaga
Kosa kata bahasa jangan guna sia-sia
Sebelum apa-apa fikir syurga ke neraka?
Yang dengar boleh fikir, yang ajak boleh hampir
Kita hidup tak lama takkan nak jiwang semata
Tak perlu rasa dipaksa anggap je seruan manja

(CypherDefect)

Mari-mari semua kau kekasihku seru
Seruan tak dengar lama apa lagi lagu baru
Ape barang banyak rakam kalau kosong merapu
Lagi baik duduk diam tambah ilmu sampai tepu
Tipu ke aku? Ayat power bukan nak bertarung
Pena tajam masih boleh potong walau bersarung
Serong akal sikit buat korang pikir luar kotak
Biar cerdik kalau tak orang kata takde otak
Agak ah, Hip-Hop bukan sekadar jalanan
Hidup Ini Perlu Hikmah, Otak, Pegangan
Dunia Tuhan luas korang plak sibuk bagi sempit
Kuat kencing pastu bising cam anjing salak bukit
Jong-jong inai mak ipong rajawali
Jadi boss kena pandai kalau tak jadi kuli
Cukup disini canggung, Cypher D undur diri
Kalau rasa tersinggung, ha, lu pikir la sendiri

5forty2 - Datang Balik Lirik @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami