Home » » Lirik Kerana Doa - NowSeeHeart

Lirik Kerana Doa - NowSeeHeart

Lirik Kerana Doa - NowSeeHeart

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan kuhanyut di daratan
Kuingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Kupercaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinmu
Kukembali
Ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Kupercaya diri ini memerlukan
Kupercaya doaku yang mengeratkan

Doaku tak pernah bernoktah
Penawar jiwa yang gelisah

Lirik Kerana Doa - NowSeeHeart @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami