Home » » Lirik Lagu Sepi Rindu -Ali

Lirik Lagu Sepi Rindu -Ali

Lirik Lagu Sepi Rindu -Ali

Kuntuman mekar bergugur sudah
bukan tandanya tiada indah
begitu juga dengan diriku
selalu merindukan dirimu

Sepi rindu meniti hari-hari dengan keluh kesah
ku derita…
semakin parah rasanya
dunia ku rasa makin kelam

Apakah salahku hingga tak kau maafi
terus meninggalkan aku begini

Seandainya aku yang membuat kau sedih
maafkan aku kekasih

Kau pergi tanpa kata-kata untuk aku
ku sentiasa mendoakan agar kau kan muncul semula

Diri ku kini meronta-ronta
bak kapal tiada arah mengikut arus lautan
jiwaku kini terkapai-kapai hasrat murni aku tak tergapai…

Aku menyesali dengan perbuatanku
yang kau derita serta sengsara
kau tinggalkan aku di dunia yang fana
ku kenang sepanjang masa
jika kau masih ada inginku menebus dosa
bahagiakan dirimu sayang
aku bersumpah kepadamu janjiku kau genggam
cahaya cintamu ku genggam…

Kau pergi tanpa kata-kata untuk aku
ku sentiasa mendoakan agar kaukan damai di sana…

Lirik Lagu Sepi Rindu -Ali @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami