Home » » Azad Jazmin Menangis Teringat Adik

Azad Jazmin Menangis Teringat Adik

Azad Jazmin John Louis mengakui terkenang Arwah adiknya sehingga menitiskan air mata selepas sah bergelar suami kepada aktres Eira Syazira malam Jumaat.

Kata Azad, adiknya Nizar Jeffri yang telah meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu pernah membuat permintaan untuk melihat pasangan selebriti tersebut berkahwin.

"Adik saya baik dengan Eira dan sebelum dia meninggal dunia, dia minta saya berkahwin segera dengan Eira kerana katanya Eira adalah wanita yang paling layak buat saya.

"Biarpun dia sudah tiada tapi saya pasti ada gembira melihat perkahwinan ini, itu yang membuatkan saya menangis, " ujarnya selepas selesai majlis ijab kabul, dikediaman pengantin perempuan, di sini, Jumaat.


Pasangan yang menyemai cinta selama tiga tahun itu mengakui pelbagai dugaan dan susah payah yang mereka hadapi bersama sebelum bergelar suami isteri.

"Sepanjang tiga tahun kami bercinta terlalu banyak perkara yang berlaku, bukan mudah untuk sampai tahap ini,

"Disebabkan itu juga perasaan saya tiba-tiba sebak selepas selamat diijab kabul," katanya lagi.

Sementara itu, Eira yang berada di sisi Azad berkata mereka kini sudah membuat pelbagai perancangan bagi melebarkan kerjaya masing-masing.

"Kami dalam proses mempromosi lagu duet kami bersama berjudul Sajak Dari Hati iaitu dalam album saya,

"Selain itu juga, kami merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian dan kini sedang mencari tempat yang sesuai," katanya.

Ditanya tentang perancangan keluarga, Eira berkata mereka berdua menyerahkan perkara tersebut kepada Allah S.w.T.

"Kami tidak pernah merancang untuk mendapatkan berapa orang cahaya mata, kalau boleh biarlah dalam masa terdekat kerana kami masing-masing sudah tua," katanya.

Pasangan mempelai anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Wanpa.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini. Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.

Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.

Oleh KEMALIA OTHMAN

Azad Jazmin Menangis Teringat Adik @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami