Home » » Drama Terbaik Anugerah Skrin 2011: Sanggul Beracun

Drama Terbaik Anugerah Skrin 2011: Sanggul Beracun

Drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Sabri Yunus dan Namron itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.

Drama itu turut memenangi kategori Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi oleh Eman Manan menerusi drama Janji Syurga, manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama dirangkul oleh Umie Aida melalui Airmata Nur Salina.
Eja

Sementara itu, kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Magika terbitan KRU Studios.

Filem Cun berjaya merangkul sebanyak empat anugerah seperti Pengarah Terbaik Filem (Osman Ali) , Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Remy Ishak) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Nadiya Nissa).

Turut memenangi anugerah ASK2011 adalah Pelakon Wanita Terbaik Filem iaitu Siti Shahrizah atau Eja menerusi filem Janin.

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011)


Drama Terbaik Anugerah Skrin 2011: Sanggul Beracun @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami