Home » » Sinopsis Misteri Jalan Lama,Trailer Misteri Jalan Lama

Sinopsis Misteri Jalan Lama,Trailer Misteri Jalan Lama

Sinopsis Filem Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama berkisar pada hubungan dua adik-beradik lelaki, Indra dan Ilya yang menyayangi antara satu sama lain. Suatu hari, mereka pulang ke kampung untuk urusan pengebumian bapa tersayang, Iskandar.


Indra, anak kandung Iskandar menjadi pelumba kereta profesional, tetapi suka berjudi dan meminjam duit dengan ceti haram serta diburu anggota kongsi gelap. Manakala, Ilya pula adalah anak angkat yang diserahkan seseorang kira-kira 25 tahun lalu.

Biarpun, Ilya bukan anak kandung tetapi, Iskandar sangat menyayanginya. Hinggakan, Indra berasa hati dan mengambil keputusan untuk menjauhkan dirinya. Bagaimanapun, pada hari ke-15 selepas kematian Iskandar, pembacaan wasiat dibuat.

Namun, Indra turut diminta membawa Ilya yang tidak tahu memandu datang bersamanya. Ketika di lebuh raya, mereka dikejar anggota kongsi gelap yang menuntut hutang pada Iskandar. Bagi melepaskan diri, Indra memandu menggunakan jalan lama.

Apapun, tanpa disangka Indra dan Iskandar, mereka masuk ke dunia lain. Pelbagai peristiwa pelik, dialami mereka. Diganggu makhluk ngeri sehinggalah kepada perkara yang menyeronokkan. Justeru, apakah yang berlaku dan siapakah sebenarnya mereka?

Misteri Jalan Lama Trailer Video

Sinopsis Misteri Jalan Lama,Trailer Misteri Jalan Lama @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami