Home » » 5forty2 - Perasap Lirik

5forty2 - Perasap Lirik

5forty2 - Perasap Lirik

(Selebriti Wannabe)

What up tok, saya taknak banyak sembang
saya nak jadi famous, bila jalan awek tumbang
hidung kembang, hidup senang takyah kerah tenaga
ada peminat meraba teringin gak nak rasa
masuk mangga gosip-gosip berbuah tiap bulan
siapa buah hati peminat la tentukan

(Bujang Terdesak)

Dah dah la weh, bagi turn aku pulak

(Selebriti Wannabe)

Eh bro, kau pun nak mintak tolong jugak?


(Bujang Terdesak)

Hohohoi tok,saya pun ada hajat
pasal sorang awek barang baek baju sendat
tu datang sini, nak mintak tolong
tak kira minyak dagu or minyak senyonyong
tapi tok, dah puas saya ayat-ayat cinta
poket tak tebal kereta takda dia kata
doa dah berbakul tak dimakbul memang susah
biasa ah orang kita kan suka jalan mudah

(Chorus)

Asap meh sini bagi perasap
Telinga berasap dalam hati meresap
Jin diusap mambang disuap
Iblis meluap manusia masuk perangkap

(2x)

(Kaki Mengulor)

Tak lupe jugak tok ye, buat tangkal untuk saya
Bagi manis muka cakap apa pun bos percaya
Orang kena sepak saya pulak kaki lepak
Kasi nampak componytu hak sendiri punya bapak
Yang penting pak, biar senang naik pangkat
Tangga diorang panjat saya pulak lompat tingkat
Diorang kerja kuat saya maen golf pun sempat
Mudah dan cepat pasni nak berbini empat

(Calon Pilihan Raya)

Tok Boleh tak tok, tok tolong saya
Kasi perasap sikit untuk pilihan raya
Pulut kuning,ayam golek dan pengeras
Semua beres, I give you only the best
Tok cuma perasap, kertas undi ni
Menang sipi saya happy apa tah lagi mojoriti
Kalau parti saya perintah jadi government
Saya lantik tok jadi bomoh rasmi parlimen.

(Semua)

Tok tolong tok, tok tolong kami
Dari jauh datang sampai ke sini
Tok tolong tok, tok tolong kami
Kami datang bawak seribu mimpi
Tok tolong tok, tok tolong kami
Dari jauh datang sampai ke sini
Tok tolong tok, tolong kami
Asap kasi perasap

(Tok Ahklaken)

Eh jap aku rasa korang semua salah rumah
Aku bukan bomoh aku cuma kerja toreh getah
Korang main redah datang bawak macam-macam
Siap ayam dalam talam ketuk pintu malam-malam
Pakat cari bomoh, hajat mintak tolong
Belajar tinggi-tinggi tapi masih kena bohong
Takkan ni pun nak cakap, takkan ni pun nak cerita
Korang tu bila fikir, cuba guna kepala

Aku bukan sempurna tapi aku tak dungu
Sampai boleh tak sedar dengan setan kena tipu
Aku berusaha dengan tulang empat kerat
Tak main bomoh-bomoh, syirik ni dosa besar
Kenapa tak berdoa mintak je pada Tuhan
Setiap yang terjadi semuanya Dia izinkan
Korang cari pawang apa yang korang dapat?
Kan dapat ceramah free sampai telinga penat

(Chorus)

Asap meh sini bagi perasap
Telinga berasap dalam hati meresap
Jin diusap mambang disuap
Iblis meluap manusia masuk perangkap

(2x)

5forty2 - Perasap Lirik @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami