Home » » Festival Muzik Rock The World, 10 Disember 2011, Stadium Merdeka

Festival Muzik Rock The World, 10 Disember 2011, Stadium Merdeka

Festival muzik Rock The World: Adrenaline edisi kesebelas menjanjikan lebih kepuasan kepada peminat setianya. Bermula pada tahun 2000, Rock The World telah menjadi salah satu festival muzik terbesar di Malaysia dan tidak terkecuali pada tahun ini apabila nama-nama besar muzik indie bakal menggegar di festival yang akan berlangsung di Stadium Merdeka.

Festival Muzik Rock The World

Antara pemuzik yang dijangka akan membuat persembahan adalah Massacre Conspiracy, The Azenders, Kyoto Protocal, Monoloque ft Atilia, Bittersweet, Pesawat, Restraint, I Revival, Reza Salleh, Temjin, The Padangs, Statik, Salam Musik, Melodisaster, Akta Angkasa, Maddame, Ballad for Layla dan Daarchlea.

Pada tahun ini, pihak penganjur juga akan mewujudkan 'Art Park' yang mengandungi gerai-gerai jualan pelbagai barangan dan makanan serta terdapat juga pentas mini yang menampilkan persembahan artis-artis terpilih.

Info Tiket Festival Muzik Rock The World
Tiket untuk festival ini boleh didapati di kedai muzik Rock Corner atau layari www.rocktheworld.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.

Festival Muzik Rock The World, 10 Disember 2011, Stadium Merdeka @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami