Home » » (Lagu Berendoi - Naik Buai) Lirik lagu Anak di dalam Buaian

(Lagu Berendoi - Naik Buai) Lirik lagu Anak di dalam Buaian

Lirik lagu Anak di dalam Buaian ( Adat Berendoi Melayu)

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.

Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka.

(Lagu Berendoi - Naik Buai) Lirik lagu Anak di dalam Buaian @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami