Home » » Sinopsis filem The Awakening , Trailer The Awakening

Sinopsis filem The Awakening , Trailer The Awakening

The Awakening Sinopsis
The Awakening berlaku pada tahun 1921 di England bermula apabila Florence seorang pakar pendedahan kes-kes penipuan melibatkan hantu, lakonan Rebecca Hall diminta datang ke sebuah sekolah berasrama oleh Robert seorang guru lakonan Dominic West. Kepakaran Florence diperlukan untuk menyelesaikan misteri kematian seorang pelajar lelaki sekolah tersebut yang dikaitkan dengan kemunculan hantu kanak-kanak.

Florence tiba ketika para pelajar bersiap sedia meninggalkan sekolah tersebut untuk bercuti, kecuali Tom seorang anak yatim yang turut ditemani wanita tua Maud yang juga penjaga sekolah. Florence memasang pelbagai peralatan khas di dalam bilik dan kelas untuk membuktikan hantu tidak wujud. Namun beberapa kejadian menyeramkan yang berlaku ke atas dirinya menyebabkan Florence meragui pendiriannya sendiri dan penjelasan yang diberikan oleh Robert dan Maud.


Filem seram iaitu "The Awakening” arahan Nick Murphy.

Trailer The Awakening


Sinopsis filem The Awakening , Trailer The Awakening @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami