Home » » DJ Razak IKIM.FM meninggal dunia akibat kemalangan

DJ Razak IKIM.FM meninggal dunia akibat kemalangan

Industri penyiaran tanahair kehilangan seorang lagi insan yang banyak menyumbang ke arah perkembangan dakwah menerusi seni di negara kita. DJ Razak atau nama sebenarnya Abdul Razak Arbain dari radio IKIM.FM telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi akibat terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Abdul Razak Arbain

Difahamkan, penyampai IKIM.FM berusia 46 tahun itu meninggal dunia selepas terbabit dengan satu perlanggaran dengan sebuah lagi motosikal yang lain. Penyampai radio sambilan di IKIM.FM itu yang mula berkhidmat sejak tahun 2006 dikenali sebagai seorang yang mesra dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang lain.

Sering terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan melibatkan IKIM.FM, arwah meninggalkan seorang balu, Rosnani Binti Haji Dali dan 3 orang anak. Sesungguhnya, pemergian arwah amat dirasai keseluruhan warga kerja IKIM.FM, serta para pendengar yang rata-rata berpendapat kehilangan seorang permata dalam bidang penyampaian radio.

Juruhebah yang cukup terkenal dengan kemesraannya melayan pendengar di IKIM.FM mengendalikan segmen Dinihari bermula jam 2 hingga 6 pagi di radio tersebut. Semoga Allah S.W.T menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman. Ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat terdekat arwah. Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Razak Arbain. Al-Fatihah. - Gua

DJ Razak IKIM.FM meninggal dunia akibat kemalangan @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami