Home » » Lagu Klangit Sesal Mendua

Lagu Klangit Sesal Mendua

Klangit Sesal Mendua

Sebuah kumpulan baru yang bernaung di bawah Sony Music Malaysia kini muncul dengan single terbaru mereka yang bertajuk Sesal Mendua. Kumpulan yang ditubuhkan pada bulan Februari 2008 ini terdiri daripada Ary, Haris dan Wan.

Klangit merupakan sebuah band yang ditubuhkan oleh tiga orang anak muda yang membawakan genre muzik moden, pop, funky dan alternative. Kumpulan yang terdiri daripada Muhamad Nor Hadre Ayub, atau Ary selaku vokalis, Mohd. Haris Muhamad, atau Haris selaku gitaris dan Mohd. Izwan atau Wan selaku pemain gitar bass.

Sekali mendengar lagu nyanyian Klangit band, Sesal Mendua ini pastinya anda akan mulai keliru dengan kumpulan ini. Adakah mereka ini band dari Indonesia atau Malaysia. Dari bait lirik dan juga irama muzik serta suara milik vokalis kumpulan ini menyerupai vokal penyanyi dari Indonesia. Namun, mereka adalah artis dari Malaysia dan ketiga-tiga mereka adalah anak Malaysia.

Lagu bergenre modern pop rock ini mengisahkan mengenai penyesalan seorang lelaki yang meninggalkan kekasih hatinya tanpa rela. Tidak mudah untuk melepaskan kekasih yang dicintai namun terpaksa ditinggalkan kerana salahnya sendiri yang curang dengan kekasihnya itu.

Lirik dan lagu yang digubah oleh Panji Sakti ini sangat merintis dan menyayat hati. Lagu ini mampu memberikan impak emosi yang tersendiri, terutamanya pada mereka yang baru sahaja putus cinta. Lagu yang menceritakan kisah kekecewaan ini pastinya akan membawakan mood yang tersendiri dan sesuai untuk dikategorikan sebagai lagu layan jiwa. Ditambah pula dengam gabungan suara vokalisnya, Ary dan juga seorang penyanyi latar yang dikenali. Siapa pula penyanyi latar itu ya?

Apa yang istimewa dengan lagu ini, suara latar bagi lagu ini adalah dari Zimi Sofarz dan juga Laika, bekas pelajar AF9. Sesuai dengan tajuk lagu ini yang sememangnya mengenai kisah percintaan dan juga kisah kehidupan antara seorang lelaki dan perempuan.

Muzik yang dibawakan mereka ini adalah bergenre pop dan pastinya dengan pilihan muzik yang sering menjadi kegemaran ramai ini, lagu ini bakal disukai ramai. Jika benar jangkaan ini, bahawa lagu Klangit ini akan menjadi kegemaran ramai kerana lagunya mudah untuk dihafal dan juga suara vokalisnya juga tidak kurang hebat.

Adakah dengan single ini, Klangit mahu menjadikan lagu dan irama seperti ini sebagai signature mereka? Sama-sama kita nantikan sama ada ketiga-tiga anak muda ini akan tampil dengan wajah yang sama atau berbeza pula kelak.



Lirik Lagu Sesal Mendua – Klangit

Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Lagu Klangit Sesal Mendua @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami