Home » » Kumpulan Mojo, gabungan 4 orang pemuzik berpengalaman

Kumpulan Mojo, gabungan 4 orang pemuzik berpengalaman

Sebuah kumpulan yang dinamakan MOJO merupakan sebuah 'Super-Band' terbaru daripada KRU Music gabungan 4 orang pemuzik berpengalaman. Ahli kumpulan Mojo terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, Edry KRU sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris dan Johar (anggota kumpulan Tilu) sebagai pemain drum.

Kumpulan Mojo

MOJO bakal memperkenalkan era baru muzik rock tanah air berlandaskan irama progresif yang dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan lagenda British seperti The Beatles, Queen, dan Led Zeppelin.

Pengalaman yang dimiliki oleh setiap anggota kumpulan MOJO telah melengkapkan lagi kumpulan dinamik ini yang mempertaruhkan muzik 'Synth-Rock' sebagai identiti.

MOJO bermaksud aura atau dalam erti kata lain adalah sesuatu yang mempunyai daya tarikan dan teristimewa. Kekuatannya bukan sahaja pada nama, tetapi dengan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam bidang muzik juga akan disempurnakan melalui album penuh MOJO yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012.

Namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu 'Andai Ku Bercinta Lagi', 'Agar Tetap Indah' dan 'Mimpi'. Sebagai permulaan, MOJO mempertaruhkan 'Andai Ku Bercinta Lagi' ciptaan Edry sebagai single pertama mereka. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada peminat seni tanah air.

Semoga kehadiran MOJO dapat membawa aura yang berbeza dan segar terhadap industri muzik Malaysia. ~ Era

Kumpulan Mojo, gabungan 4 orang pemuzik berpengalaman @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami