Home » » Program Realiti The Job 8TV (kerjasama Kolej Segi)

Program Realiti The Job 8TV (kerjasama Kolej Segi)

8TV menayangkan program realiti televisyen The Job, hasil kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta terkemuka, Kolej Segi.

The Job akan disiarkan setiap hari Selasa bermula 23 Mac ini di 8TV pukul 9.30 malam.

Lapan peserta yang terpilih adalah Ismail Amsyar Mohd. Said, Mohd. Zarith Md. Hanapiah, Tareeq Azmi, Reshma Sangvi, Wee Kim Teong, Ho Shin Tze, Yam Ee May dan Chin Xian Mei.

Program yang menampilkan lapan peserta berbeza latar belakang itu yang kemudiannya akan bersaing sesama sendiri bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.

Bukan itu sahaja, mereka juga akan mengikat kontrak bekerja selama setahun di Kolej Universiti Segi di bahagian korporat.

Hadir sebagai salah salah satu program realiti televisyen yang bertindak untuk mencungkil bakat golongan muda, ia dalam masa yang sama turut memberi peluang kepada mereka menunjukkan kebolehan mengendalikan tugasan berat yang diberikan.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV, Airin Zainul, objektif utama program tersebut untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang realiti sebenar dunia pekerjaan.

"Dalam The Job, peserta telah diberikan tugasan yang sangat mencabar kepada mereka.

"Malah kesemua tugasan yang dilakukan mereka adalah berkaitan dengan industri.

"Selain itu juri yang kami pilih untuk mengadili mereka juga terdiri daripada individu yang benar-benar terlibat dalam industri," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Pernah muncul dengan konsep rancangan yang sama pada tahun 2007 iaitu Please Give Me a Job!, kini program realiti berkenaan membawakan kelainan apabila tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan ke atas peserta.

"Ini adalah kelainan yang cuba kita tampilkan dalam The Job dan semestinya ia adalah berbeza daripada rancangan sebelum ini.

"Malah melalui pendekatan sebegini, ia seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki serta memantapkan diri setiap minggu.

"Malah saya yakin ia akan dapat menonjolkan kelebihan yang dimiliki setiap peserta menjelang episod terakhir rancangan ini nanti," jelasnya lagi.

Tambah Airin, sepanjang rancangan tersebut, kesemua peserta bakal diuji dengan cabaran daripada pelbagai aspek antaranya kreativiti, kemahiran jualan, penjenamaan, pemasaran, pengetahuan dalam organisasi.

The Job

Malah kredibiliti mereka dalam menjadi ketua pasukan juga turut diuji dalam rancangan tersebut.

"Peserta akan dinilai oleh juri daripada kolej berkenaan dan juga beberapa juri tempatan.

"Jadi, segala kemampuan, kekuatan dan kelemahan mereka akan dinilai oleh juri yang berpengalaman.

"Dalam masa yang sama saya juga berharap agar rancangan ini nanti bakal membuka ruang dan juga pemikiran anak-anak muda agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian mereka," katanya bersungguh.

Program Realiti The Job 8TV (kerjasama Kolej Segi) @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami