Home » » Program Realiti Versus

Program Realiti Versus

Program Realiti Versus
Dalam Versus, Black Parallax ialah kumpulan gabungan antara Black dan Meet Uncle Hussain, manakala Go Gerila pula ditunjangi Aizat Amdan bersama rakan-rakannya. Ditubuhkan khas untuk Versus, mereka bersama kumpulan Hujan, 6ixth Sense dan Sofazr akan berentap menonjolkan bakat menerusi gubahan lagu.

Versus berbeza dengan rancangan realiti sedia ada, sistem penilaian untuk program yang mula ke udara mulai 13 April ini adalah melalui dua landasan, iaitu sistem undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pemarkahan juri profesional, yang terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque daripada kumpulan Monoloque (juri tetap) dan seorang juri jemputan mingguan.

Hunny Madu dan Aidid Marcello pula bertindak sebagai pengacara. Rancangan berbentuk realiti ini diterajui Penerbit Eksekutif, Sunil Kumar dan Alet Arzuan Anuar, manakala Kiedd Fariz Aziz dan Ahmad Khairi Zulkifli pula selaku penerbit program.

* Bakal bersiaran selama dua bulan, setiap episod konsert mingguan akan menyaksikan persaingan bagi merebut gelaran juara dan memenangi hadiah utama bernilai RM200,000.

* Tempoh undian bermula pada Jumaat, jam 10.30 malam, selepas berakhirnya konsert mingguan, hingga Jumaat minggu berikutnya pada jam 12 tengah hari. Carta undian akan diumumkan di portal rasmi TV9.

* Versus boleh ditonton secara langsung di TV9 dan didengar menerusi Hot FM mulai 13 April, jam 9.30 malam.

Program Realiti Versus @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami