Home » » Sinopsis Cuci The Musical: Last Kopek!

Sinopsis Cuci The Musical: Last Kopek!

Sinopsis Cuci The Musical: Last Kopek!

Cuci The Musical: Last Kopek! mengisahkan empat beradik, Fairil, Khai, Jojo dan C’Tan yang mempunyai satu impian untuk menyertai pertandingan Window Washing Olympics. Perkenalan empat beradik dengan CJ atau Siti Jasmin, pemilik syarikat Kalthum Holdings yang telah memberikan peluang untuk mereka bertanding di dalam pertandingan yang menawarkan ganjaran yang lumayan. Wira yang sememangnya menaruh hati pada CJ menjadi pesaing utama kepada pasukan Cuci Cuci Services.

Poster Cuci The Musical: Last Kopek!

Kejujuran Khai telah menambat hati CJ dan berlaku juga bibit-bibit percintaan antara Khai dan CJ serta Jojo dan Farah yang disebabkan oleh pisang goreng. Fairil yang selalu bercita-cita besar untuk membawa Cuci Cuci Services mencapai tahap yang lebih tinggi telah melakukan sesuatu yang dilluar jangkaan sehingga menyebabkan mereka semua berpecah belah dan C’Tan yang begitu terkesan dengan perbuatan abangnya yang sanggup bekerja untuk Wira Holdings. Pertandingan tersebut dijalankan sekali lagi untuk berlaku adil. Cuci Cuci Services telah menyingkirkan Fairil dan menggantikan tempatnya dengan Farah.

Ancaman dari Wira tidak pernah berhenti dan di dalam cubaannya menggagalkan kemenangan Cuci Cuci Services, Fairil telah menyelamatkan adik-adiknya dari perbuatan keji Wira itu. Namun, mampukah C’Tan memaafkan perbuatan abangnya itu? Ikuti kisah empat beradik yang dipenuhi dengan kisah pahit, manis, gembira, sedih dan diselangi dengan rangkaian lagu-lagu yang mengasyikkan ini kelak.

Sinopsis Cuci The Musical: Last Kopek! @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami