Home » » Sinopsis Upin dan Ipin The Musical, 14 April -6 Mei

Sinopsis Upin dan Ipin The Musical, 14 April -6 Mei

Sinopsis Upin dan Ipin The Musical
Upin dan Ipin serta rakan-rakan sedang bermain dan berteduh di dalam sebuah gua ketika hari hujan. Namun, nasib mereka malang apabila sekumpulan labah-labah yang marah mengejar mereka sehingga ke tergelongsor jatuh je dalam terowong. Puteri Cinonet yang memang ingin mengenali kanak-kanak yang paling gembira di dunia, iaitu Upin dan Ipin telah dibawa ke kerajaan Cinonet setelah terpisah dari rakan-rakan mereka.

Upin dan Ipin The Musical


Upin dan Ipin telah mengajar erti kegembiraan kepada Puteri Cinonet dengan mengajarnya pelbagai aktiviti yang menarik. Namun, kehilangan Upin dan Ipin menjadi satu kegusaran buat rakan-rakannya di Bumi. Saksikan apa yang akan terjadi pada pasangan kembar yang telah dibawa ke angkasa lepas itu. Adakah mereka akan pulang ke bumi dan menemui Kak Ros, Opah dan rakan-rakan semula?

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.lescopaque.com atau www.upinipinthemusical.blogspot.com untuk mengetahui berita lanjut mengenai pementasan yang bakal dipentaskan di Istana Budaya mulai 14 April 2012

Sinopsis Upin dan Ipin The Musical, 14 April -6 Mei @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami