Home » » Album Istimewa dari T.R.I.A.D (The Rock Indonesian Ahmad Dhani)

Album Istimewa dari T.R.I.A.D (The Rock Indonesian Ahmad Dhani)


Kumpulan  T.R.I.A.D bermaksud  The Rock Indonesian Ahmad Dhani. T.R.I.A.D dianggotai oleh Mitha (pemain gitar, backing vocal), Icez (pemain bass), Tharaz Bistara (pemain gitar), Ikmal Tobing (pemain drum) dan Wahyu Sudiro (pemain gitar).


T.R.I.A.D  kini mempromosikan album terbaru mereka berjudul Istimewa. Untuk album kali ini, ia memuatkan 12 buah lagu seperti Ratu Di Hatiku, Istimewa, Sudah, Bidadari Kesunyian, Terbakar (duet bersama Mulan Jameela), dan Istimewa (versi akustik). Selain itu, album ini turut menampilkan T.R.I.A.D memainkan semula lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Ahmad Dhani seperti lagu Sedang Ingin Bercinta (duet bersama Tata dan Purie dari Mahadewi), 2 Sejoli, Separuh Nafas, Cinta Gila, Hidup Adalah Perjuangan dan Bukan Rahasia.

Dengan mempertaruhkan lagu Ratu Di Hatiku sebagai single pertama daripada album Istimewa ini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki album ini yang telah berada di pasaran sejak 20 Februari 2012 lalu dan boleh didapati dengan hanya RM 27.90.

Album Istimewa dari T.R.I.A.D (The Rock Indonesian Ahmad Dhani) @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami