Home » » Datuk Sheila Majid terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Datuk Sheila Majid terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Jasa ratu jazz negara Datuk Sheila Majid diberi pengiktirafan apabila menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang muzik selama hampir 30 tahun.

Pengiktirafan itu diberikan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) bersempena dengan sambutan kali ke-25 acara itu.

Datuk Sheila Majid

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM pada malam Ahad.

Pada malam itu, Aaron Aziz telah dinobat sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi.

Maya Karin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi 3 Suara yang dianggotai oleh Shila Amzah, Jaclyn Victor dan Ning Baizura manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Yuna buat dua tahun berturut-turut.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Fizz Fairuz dan Fasha Sandha.

Hero drama Juvana, Johan As'ari memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Tasha Shila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala memenangi Artis Komedi Lelaki Popular adalah Johan (Raja Lawak).

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Aznil Nawawi dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular yang disandangnya sembilan tahun berturut-turut.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh empat pengacara iaitu Zizan, Raja Azura, Sharifah Shahira dan Didie Alias.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Black, Amy Search, Siti, Stacy, Anuar Zain dan sebagainya.

ABPBH 2010 ialah edisi ke-25 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.


Datuk Sheila Majid terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat @ Lirikami


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut,sila klik sini
 
◄Design by Lirikami