Home » » Zizan Razak menang pengacara TV lelaki popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH25) April 2012

Zizan Razak menang pengacara TV lelaki popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH25) April 2012

Zizan Razak telah berjaya memenangi trofi pengacara TV lelaki popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011) edisi ke 25 yang berlangsung pada 8 April 2012 di Arena of Star, Genting Highland, Pahang.

Zizan Razak memecah tradisi kategori pengacara TV lelaki popular apabila dia berjaya mengalahkan Aznil Hj Nawawi yang sudah bertahun-tahun memenangi kategori ini.

Trofi itu disampaikan sendiri oleh Aznil.

Selain Zizan, kategori itu turut disaingi Pengacara TV Lelaki Aznil Nawawi, Faizal Ismail Ally Iskandar dan Awal Ashaari.

Zizan Razak

Anugerah yang dianjurkan kali ke-25 ini dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari Stacy, Alyah dan Datuk Siti Nurhaliza. Persembahan ketiga-tiga penyanyi ini mendapat iringan tarian dari pelakon tempatan seperti Watie Elite, Maria Farida dan pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi.

Di pertengahan anugerah yang diadakan secara langsung dari Arena Of Star, Genting Highland ini diserikan dengan persembahan tribute Tan Sri P Ramlee, Biduanita Saloma, Datuk Sharifah Aini, Datuk Sudirman Hj Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza. Artis yang diberi mandat untuk segmen ini adalah Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Najwa Latiff, Black, Bob dan Shila Amzah.

Kemuncak persembahan ABPBH25 diakhiri dengan persembahan dari Salma Mentor, Hazama, Faizal Tahir dan Amy Search bersama Man Kidal menerusi segmen lagu-lagu berentak rock. Pengacara ABPBH25 ialah Zizan Razak, Didie Alias, Raja Azura dan Sharifah Shahira.

Penyampai Anugerah ABPBH25

Nora Danish & Adi Putra
Kumpulan Boboi
Nurul Syuhada & Datin Seri Normala Samsudin
Ridhuan Hashim & Neelofa
Chad, Deen & Kamelia
Erra Fazira & Mustapha Kamal
Rosyam Noor & Fazura
Datuk Yusof Haslam, Samsul Yusof dan Syafiq Yusof
Datuk DJ Dave & Wan Maimunah


Zizan Razak menang pengacara TV lelaki popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH25) April 2012 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami