Home » » Filem 29 Februari Sinopsis, bertema percintaan

Filem 29 Februari Sinopsis, bertema percintaan

Sinopsis filem 29 Februari Filem 29 Februari mengangkat tema percintaan. Filem 29 Februari antara lain mengisahkan kehidupan Budi (Remy) yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimamah usia empat tahun sekali. Dengan fenomena yang ganjil itu, keadaan fizikal Budi terbantut dan menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan itu sebagai satu badi sumpahan. Pada hal, apa yang dialami Budi sendiri dianggap satu anugerah Tuhan untuk dia hidup lebih lama dan berpeluang melihat pelbagai dekad transformasi negara ini dari Tanah zaman Melayu kepada Malaya dan akhirnya menjadi Malaysia yang bebas merdeka.

Filem 29 Februari
Malah Budi juga menempuh babak-babak cemas yang berlaku dalam negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pun begitu, masa yang seolah-olah tidak berganjak buat Budi menyebabkan dia sering merasai kehilangan mereka yang disayanginya. Menetap di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya, Razak yang cacat penglihatan, Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik bersejarah negara. Malah, dia mula mengenali erti kebahagiaan dan percintaan sebaik berkenalan dengan Lily, seorang gadis Cina berusia 16 tahun yang sangat ceria. Lily, seorang yang periang dan suka berdikari. Ini membuatkan Budi selesa di sampingnya kerana dapat menjadi diri sendiri di depan Lily. Apapun, Lily sangat meminati bidang seni dan mahu menjadi anak seni. Namun, impian itu mendapat bantahan daripada ayahnya yang menginginkan Lily menjadi seorang pendidik. Dari tahap ini, 29 Februari bergerak menjadi lebih menarik. Apakah hubungan percintaan antara Lily dan Budi akan berpanjangan dan diterima keluarga? Bagaimana Lily perlu berdepan dengan keadaan fizikal budi yang lambat dimamah usia? Bersandarkan kos pembikinan dan promosi sebanyak RM3.5 juta, 29 Februari dibintangi barisan pelakon lain seperti Izzue Islam, Fizz Fairuz, Dian P Ramlee, Riz Amin, Ramli Hassan, Chew Kin Wah dan Teng Ti Chan. Ia dijangka menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos ini iaitu menjelang sambutan kemerdekaan negara ini.

Filem 29 Februari Sinopsis, bertema percintaan @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami