Home » » Lirik Lagu Joget Global - Butterfingers

Lirik Lagu Joget Global - Butterfingers

Lirik Lagu Joget Global - Butterfingers

[PENGENALAN]
Selamat datang ke masa depan
Salam sejahtera kami ucapkan
Kembali berpijak di bumi yang nyata
Tiada amaran
Jelma kembali

Tuan-tuan yang bijak
Puan-puan yang pintar
Tumpu perhatian
Dengar sebentar
Bunyi-bunyian yang didendangkan
Tiada mula
Tiada akhir

Yang tua muda
Yang miskin kaya
Dengar semua!

[PANTUN 1]
Lat tali lat tali tam plum
Sudah mula atau belum
Tunggu dulu jangan pergi
Periksa semua dimensi
Sebelum keluar beraksi

[PANTUN 2]
Lat tali lat tali tam plum
Sudah jatuh atau belum
Teknologi tambah dahsyat
Kau dan aku pasti sesat
Kiamat agak dekat
Mengikut kata firasat

[KORUS]
Pada setiap masalah
Ada penyelesaian
Yang belum tentu
Kau dan aku
Dapat menyelesaikannya

[PANTUN 3]
Lat tali lat tali tam plum
Sudah sakit atau belum
Berikanlah daku tempoh
Nanti ku carikan bomoh
Kalau luka tak sembuh

[PANTUN 4]
Lat tali lat tali tam plum
Sudah tamat atau belum
Ikut hati,nanti mati
Ikut rasa,binasa
Otak memberontak
Zahir dan batin rosak

ULANG KORUS x 1

[PERANTARA]
Ubah,ubah,ubah,ubah,
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan
Cuba fikirkan?



Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Joget Global - Butterfingers @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami