Home » » Miss Octopus Sinopsis, drama bersiri TV3

Miss Octopus Sinopsis, drama bersiri TV3

Miss Octopus Sinopsis, lakonan Rozita Che Wan dan Nabila Dally

Miss Octopus mengisahkan Oktober yang bertugas sebagai pensyarah, masih belum berkahwin dan memiliki sifat panas baran. Dia enggan berumah tangga kerana fobia selepas melihat sahabat baiknya bersalin. Sementara itu, Asmira pula ialah salah seorang pelajarnya di kolej.

Miss Octopus TV3

Asmira sudah bertunang dengan kekasihnya Senin sebelum dia memasuki kolej lagi. Walaupun mempunyai kekasih yang sangat menyayanginya, tetapi Asmira berubah hati gara-gara bertemu dengan senior di fakultinya, Hakim.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan Oktober yang tiba-tiba berubah sikap selepas menghadiri sesi kaunseling bersama Dr Iman. Oktober yang mula menganggap Dr Iman sebagai sahabat karib meluahkan segala perasaan hatinya tanpa gusar. Sejak itu, Oktober sudah makin mesra dan mudah tersenyum.

Bukan itu saja, penampilannya dirinya juga tampak lebih muda dan ia menjadi ikutan para pelajar di fakulti. Bagaimanapun, di fakulti Oktober sering mencari kesilapan Asmira dan ini menyebabkan dia digelar sebagai Miss Octopus oleh Asmira.

Persengketaan di antara mereka menjadi bertambah rumit apabila seorang pensyarah baru mula mengajar di fakulti itu. Kehadiran Dr Shah Reza umpama 'tsunami' yang melanda kerana ketampanannya membuatkan kebanyakan pelajar perempuan dilanda perasaan angau. Termasuklah, Oktober sendiri.

Dalam sekelip mata, Oktober menjadi sangat obses terhadap Dr Shah Reza. Kini, barulah dia sedar erti cinta sebenar. Sikap Oktober mula berubah menjadi seperti perempuan miang. Siang dan malamnya dipenuhi dengan Dr Shah Reza dan kalau boleh Oktober mahu sentiasa berada di sisi Dr Reza Shah.

Miss Octopus Sinopsis


Sedar akan keterujaan Oktober terhadap dirinya, Dr Reza Shah mengambil sikap sering mengelak diri. Apatah lagi, Dr Reza Shah sebenarnya lebih meminati Asmira. Apakah yang berlaku seterusnya pada hubungan cinta tiga segi yang berlaku itu? Apakah kemuncak persengketaan di antara Oktober dan Asmira?

Miss Octopus terbitan Grand Brilliance, diarahkan Jamal Khan sebanyak 13 episod. Malah, skrip tulisan Azlina Pa'Wan membariskan barisan pelakon hebat lain seperti Fahrin Ahmad, Nas T, Talha Harith, Dottie, Faralyna Idris, Sophie Hana, Usop Wilcha, Rizz Amin dan Maimon Mutalib.

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Miss Octopus Sinopsis, drama bersiri TV3 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami